Thursday, February 23, 2012

Emcee...

Assalamualaikum rakan2 followers sekalian.....hihi......mulenye hari ni ana bercadang nak upload gambar tapi entah kenape lah network kat opis ni pening.....takpe le.....lain kali je le ye........

Tapi hari ni ana nak share something...its about 'emcee'.....atau pengacara majlis.... minat utk bercakap di depan org ramai ni mmg dah ade dlm diri ana sejak sekolah menengah.....mase sekolah rendah dulu menari kat konsert@hari ucapan sekolah je.......menari pun mmg minat sampai sekarang.........hehe.....ok lah.....ni tips utk jd pengacara majlis atau penceramah..

1. Membuka majlis Pengacara dipertanggungjawabkan membuka majlis cera-mah. Pengacara menyebut semua dif-dif jemputan yang hadir dengan format protokol untuk tidak mencacatkan majlis. Pengacara juga adalah orang pertama yang meng-ucapkan selamat datang kepada semua hadirin termasuk penceramah. Kandungan ucapan pengacara juga hendaklah mengandungi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah semua hadirin datang ke majlis seperti yang dijadualkan.

2. Memperkenalkan pengucap Pengacara juga bertanggungjawab memperkenalkan peng-ucap kepada semua hadirin di samping mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua tetamu utama yang hadir dalam majlis ceramah berkenaan.

3. Mengulas ataupun membuat rumusan Pengacara juga hendaklah mempunyai daya intelek mem-buat rumusan berkaitan perkara yang berkaitan dengan isu-isu yang dihujahkan oleh penceramah. Kebijaksanaan membuat huraian serta rumusan yang tepat adalah satu kemahiran yang boleh meletakkan golongan pengacara sebagai mereka yang berstatus dan dikagumi di mana-mana.

4. Mengawal majlis Pengacara juga hendaklah bertanggungjawab mengawal majlis daripada mula hingga akhir walaupun tidak mendapat arahan daripada penganjur kerana mereka akan dianggap sebagai tuan rumah oleh penceramah. Mereka perlu memastikan supaya penceramah sentiasa berada dalam keadaan selesa. Dia juga menjadi orang kanan penceramah yang dengan rela hati membantu penceramah melaksanakan tugasannya seperti mengedarkan sesuatu atas permintaan penceramah.

5. Menjaga protokol Oleh kerana pengacara yang memulakan majlis maka banyak perkara berkaitan protokol dilaksanakan oleh mereka termasuklah apabila tetamu terhormat hendak meninggalkan majlis.

6. Mengawal hadirin atau peserta Bagi memastikan penceramah memberikan ucapan dengan selesa pengacara hendaklah sentiasa berada dalam majlis bagi mengawal peserta atau hadirin serta membantu penceramah berurusan dengan masalah di luar jangkaan. Antara situasi yang biasa berlaku dalam majlis ceramah adalah seperti sistem mikrofon yang tidak berfungsi, penyaman udara yang rosak dan sebagainya.

7. Mengawal PA system jika perlu Seperti yang diterangkan di atas alat utama yang perlu dijaga adalah sistem PA yang digunakan oleh penceramah. Maka pengacara perlu mendapat kerjasama daripada penganjur berkaitan alternatif lain yang perlu diambil sekiranya alat PA yang digunakan itu mengalami kerosakan.

Belajar Berucap

....bagi ana, bina keyakinan yang tinggi dlm diri terlebih dahulu juga merupakan antara faktor terpenting....then,practise....goodluck!